Monday, August 30, 2010

8 kriteria menjaga aurat

Menjaga Aurat

1. Menutup seluruh aurat.

• Aurat seorang wanita ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua tangan (sehingga pergelangan tangan)

2. Pakaian yang tebal dan tidak jarang sehingga boleh menampakkan warna kulit dan rambut

• Dari riwayat Imam Muslim Hadis no 2128, ertinya:

“Ada dua golongan ahli neraka yang daku belum pernah lihat sebelum ini. (pertama) beberapa lelaki yang mempunyai cemeti seumpama seekor lembu (yang digunakan untuk) memukul orang lain(secara zalim), (kedua) segolongan perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang yang seleweng serta menyelewengkan, di atas kepala mereka seumpama bonggol unta. Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menghidu baunya, sesungguhnya bau syurga itu benar-benar dapat dihidu dari jarak begini dan begini.”

3. Pakaian mestilah longgar, lapang atau luas yakni tidak terlalu ketat

• Dari Hadis Riwayat Imam Ahmad No:21845, ertinya:

“Sayyidina Usamah bin Zaid telah berkata: baginda Rasulullah s.a.w telah memakaikan kepada-daku sejenis pakaian yang tebal di mana pakaian itu ialah hadiah daripada Sayyidina Dihyah Al-Kalbi r.a kepada Baginda. Kemudian daku pakaikan pakaian itu pada isteriku. Baginda terus bersabda: “suruhlah isterimu mengenakan pakaian lain di sebelah dalam kerana saya khuatir pakaian yang ku hadiahi tadi menonjolkan bentuk rangka atau tubuhnya.”

4. Pakaian itu tidak dikenakan wangi-wangian

• Dari hadis Riwayat An-Nasai hadis no : 5126, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam kitab sahih mereka berdua, ertinya:

“Seorang perempuan yang memakai minyak wangi kemudian melaui (melintasi) di hadapan satu kaum (lelaki) agar mereka menghidu baunya maka ia dianggap umpama berzina. Begitu juga setiap mata yang melihatnya dianggap umpama berzina.”

5. Pakaian itu bukan untuk kemasyhuran dan menarik perhatian(menjolok mata) serta untuk sombong dan takabbur

• Dari hadis riwayat Imam Ibnu Majah Hadis Riwayat no :3607 dengan isnad yang baik daripada Ibnu Umar r.a, ertinya:

“Barangsiapa yang memakai pakaian kemasyhuran (untuk mashyur) di dunia maka Allah akan memakaikannya pkaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian Allah membakarnya dengan api neraka”

6. Janganlah sesuatu yang digunakan untuk menutup aurat itu sendiri merupakan perhiasan. Contoh: mahkota, rambut palsu

• Dari hadis riwayat Ibnu Majah Hadis no 4001, ertinya:

“Ketika baginda Rasulullah s.a.w duduk di dalam masjid tiba-tiba seorang perempuan dari Bani Muzainah masuk ke dalam masjid dengan pakaian yang terhias indah sambil berjalan dengan gaya sombong, lalu baginda s.a.w bersabda: “Wahai manusia!Laranglah perempuan-perempuan kalian daripada memakai pakaian yang merupakan perhiasan dan (laranglah mereka daripada) berjalan dengan gaya sombong di dalam masjid. Sesungguhnya Bani Israil tidak dilaknat kecuali setelah perempuan-perempuan mereka memakai perhiasan dan mereka(perempuan) berjalan dengan lagak dan gaya sombong dengan perhiasannya di dalam masjid”

7. Pakaian tidak menyerupai pakaian orang kafir. Tetapi kebanyakan muslimah sekarang berusaha sedaya upaya untuk memakai pakaian ala barat walaupun mahal. Kebanyakan fesyen2 tersebut telah direka khas oleh orang-orang Yahudi yang berusaha menyesatkan orang Islam

berdasarkan Ayat 120 di dalam surah Al-Baqarah:

• “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

• Disebutkan juga dari Riwayat Abu Daud Hadis No: 4024 dan Ahmad daripada Ibnu Umar r.a, ertinya:

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dalam golongan mereka”

8. Pakaian tidak menyerupai pakaian lelaki

• Dari Hadis Riwayat al-Bukhari Hadis No; 5885, dan yang lainnya daripada Ibnu Abbas r.a, ertinya:

“Rasulullah s.a.w melaknat kaum lelaki yang menyerupai perempuan dan kaum perempuan yang menyerupai lelaki”

sumber:http://baitulmuslim.com

No comments:

Post a Comment