BUTAKAH CINTA? 
Oleh: Syah Putra 
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi  lebih menyakitkan apabila kamu mencintai seseorang dan kamu tidak  memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.”
 
Amira  meneliti  bait-bait kata puitis itu sepenuh hati. Itulah yang berlaku pada  dirinya sekarang, mencintai seseorang dalam diam, dia tidak mampu untuk  memberitahu perasaannya itu pada orang yang dicintainya. Amira merasakan  dirinya penuh kekurangan, sebenarnya rasa rendah diri yang keterlaluan  itulah yang menyebabkan dirinya seolah-olah terkurung dengan perasaannya  sendiri, dan dia seolah olah rela melepaskan orang yang dicintai  sepenuh hati dalam diam itu pergi.
 
Amira  mengeluh kecil, sambil meletakkan pen yang dipegang untuk kedapur.  Didapur mamanya sedang menggoreng ikan berdasarkan bunyi desiran minyak  panas dikuali.” Mama masak apa hari ni? Tanya Amira.”hari ni mama masak  lauk istimewa untuk dua orang anak mama ” balas Puan Lisa.”kakak mana?”  tanya puan Lisa sambil meninjau melihat ikan yang digorengnya. “ Apa  lagi, tidur lagi Ma” balas Amira. “Puteri ni, apa nak jadi, tidur tu  kalau tak dah tengah hari tak bangun, apa nak jadi dengan anak dara  zaman ini” rungut Puan Lisa. “ Ma, jangan marah, kak Puteri buat kerja  malam  tadi, lepas subuh tadi baru dia tidur” jelas Mira, dia masak perangai  mamanya yang cepat sangat marah kalau ada yang tidak kena dengan  anak-anaknya.”Mana Mia tahu? Tanya Puan Lisa pula,dia rasa bersalah pula  merungut tanpa usul periksa. “tadi masa Mia bangun solat subuh, Mia  jenguk bilik Kak Puteri tengah mengadap komputer lagi dan lepas tu dia  solat subuh dan pesan pada Mia kejutkan dia pukul 10 pagi, la sekarang  dah 10.30, matilah Mia lupa nak kejut dia,nasib baik Mama tanya kalau  tak habis Mia, Mia pergi kejut kakak sekejap Ma” .Terkocoh-kocoh Amira  menaiki anak tangga ketingkat atas untuk mengejutkan kakaknya.
 
Puan Lisa hanya menggeleng kepala melihat telatah Amira. Amira Safia dan Puteri Balqish dua butir permata bagi dirinya.  Amira  seorang yang peramah tetapi ada bab-bab yang tertentu boleh meyebabkan  dia menjadi sangat pendiam, bijak, baik hati dan paling berdisiplin,  masih belajar disebuah Universiti tempatan. Manakala Puteri, seorang  yang manja walaupun dia anak sulung, lemah lembut berbanding Amira,  petah berhujjah dan kini bekerja sebagai peguam disebuah firma guaman  terkenal .Dia bersyukur kedua orang anaknya dapat membesar dengan  suasana yang baik dan dia sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.
 
“Kak Puteri, Mia tanya sikit boleh tak?”,  Amira bersuara sambil matanya asyik memandang kakaknya yang sidang sibuk menaip menggunakan  komputer.  “Tanyalah, apa dia?, Sejak bila minta izin nak tanya ni, biasanya tak  pernah pun nak minta izin” jawab puteri sambil matanya tidak lekang dari  skrin komputer. “o.k, macam ni, …aa ..”berat mulut Amira untuk  berkata.” wei, apanya Mia” tanya puteri , Mia adalah panggilan untuk  Amira . Puteri menyimpan fail yang dibukanya dan mula keluar dari  ‘microsoft word’ dan terus membiarkan komputer terbuka. Serta-merta dia  mengadapkan mukanya ke muka Amira. Mereka sangat rapat dari kecil kerana  di rumah itu hanya mereka berdua beradik . Puteri dapat merasakan ada  sesuatu yang berat mengganggu hati Amira adik kesayangannya itu. Puteri  walaupun anak sulung yang manja tetapi dia tetap boleh diberi ‘award’  sekiranya apa-apa jua masalah yang berkaitan dengan adik dan mamanya,  biasanya dialah yang.....“o.klah,  adik, apa dia, beritahu kak puteri, macam berat sangat ni, beritahulah  kalau kak puteri boleh tolong, kak putri tolonglah, kalau tak dapat nak  tolong kita cubalah iktiar untuk selesaikannya, O.k?” Puteri memberi  jaminan. Amira membisu, dia sebenarnya mahu memberitahu puteri perkara  ini tetapi dirasakannya amat berat mulutnya. Adakah masalah ini penting  atau tidak penting? Patutkah dia minta pandangan Puteri? Itu yang  berlegar-legar dalam fikirannya. Dia mengambil keputusan untuk  memberitahu puteri kerana dia rasa sudah tidak sanggup lagi untuk  memikirkannya.
 
“Macam  ni kak, Mia rasa Mia suka dengan seseorang, tapi dia tak tahu Mia suka  dengan dia, Mia rasa macam dekat sangat dengan dia walaupun kami jarang  sekali bertegur sapa,  Mia selalu  sangat terserempak dengan dia, masa tu jantung Mia mesti  dup…dap..dap..macam tidak boleh nak berhenti..Mia perasaan jantung Mia  jadi macam ini beberapa minggu lepas,..orang kata ini adalah perasaan  cinta…betul ke Kak Puteri?” suara Amira berterus terang tentang lelaki  yang disukainya. Itulah positifnya Amira, dia akan bercerita tanpa  berselindung dengan Puteri walau apa pun masalah dan yang penting  sikapnya yang sering berusaha untuk keluar dari masalah sering  menjadikan dia istimewa pada pada pandangan Puteri. Puteri kenal lelaki  yang disebut Amira itu, rasanya dia tinggal ditaman yang sama dengan  tempat tinggal kami.
“Mia, rasanya dia tinggal kat taman kita ni jugakan? Puteri minta penjelasan.”Ya..tepat sekali!”.jawab Amirah pantas.
 
“Macam  itu pun boleh jatuh cinta?’, memang cinta itu buta!” puteri berkata  sambil tersenyum sinis pada Amira.Walau apa pun pada pandangan puteri  lelaki itu memang baik jadi tidak mustahil Amira menyukainya. Puteri  tersenyum, Ini rupanya yang bersarang difikiran Adiknya. Patut  akhir-akhir ini dia nampak sikap Amira sedikit pelik, kadang-kadang  nampak terlalu bersemangat dan kadang-kadang nampak lesu, jatuh cinta  rupanya…cinta remaja (cinta monyet atau sejati?) entah puteri sendiri  tidak tahu untuk mengukurnya.
 
“kak Puteri, janganlah senyum-senyum macam tu, kalau tau kak Puteri cuma nak senyum dengar  masalah Mia ni, lebih baik  tak payah beritahu” bebel Amira.
 
“  La…, senyum pun tak boleh?”Giat Puteri. “adik dah jatuh cinta rupanya,  tapi si dia tak tahu adik suka dia, susah ni dik ,apa orang kata “  bertepuk sebelah tangan”!, tak berbunyi..so tak ada faedahnya, kita kena  ingat apa pun yang kita lakukan mestilah ada manfaatnya dan kena  berpijak dibumi nyata tahu?” jelas Puteri.
“habis  macam mana nak selesaikannya, kak Puteri tolonglah, hari-hari asyik  ingat dia tu, memang tak berfaedah rasanya, tapi perasaan itu datang  sendiri”gumam Mira.
 
“  Adik, bercinta tak salah tapi yang tak betul ialah cara kita melayan  cinta itu, lebih-lebih kita sebagai wanita Islam, kena jaga adab dan  syariat dan lebih-lebih lagi Mia tengah belajar pula tu, kak puteri tak  halang adik suka orang tu, itu adalah fitrah manusia. Satu masalahnya  orang tu tak tahu adik suka dia. Sekarang ini akak boleh beri dua  pandangan , suka hatilah mana satu adik nak pilih”.
 
“Pertama,  adik berterus terang dengan dia, beritahu dia adik suka dia dan nak  berkawan dengan dia, risikonya dia akan terima atau tolak cinta  adik,sekiranya dia lelaki yang baik dia akan terima dan tolak dengan  cara yang terhormat, maksud maruah kita sebagai wanita masih  terjaga,andainya tidak, tercalar juga maruah kita sebagai wanita, berani  ke dik?
 Adik fikirlah.
Cadangan Yang kedua  , adik simpan sahajalah perasaan suka dengan dia itu, Kalau benar dia  jodoh Mia, ia tidak akan ke mana-mana, sekarang Mia masih belajar, dia  pun tengah belajar, utamakan pelajaran, anggap perasaan cinta ini  sesuatu yang manis dan ia boleh menjadi sumber kekuatan bagi kita untuk  terus hidup, buat solat hajat dan solat istikharah”.
 
 “Sebenarnya  apabila kita menyintai seseorang tidak semestinya kita mesti  memilikinya, dan cinta yang sejati itu ialah kita sentiasa doakan  kebahagiaannya walaupun dia tiada di sisi kita, dengan cara itu kita  juga akan rasa bahagia” jelas puteri lagi, dia pun tidak tahu bagaimana  dia pandai berfalsafah tentang cinta. Tetapi apa yang dilontarkan itu  ada logiknya pada pandangan Amira.
 
“Mia,  jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana  cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair, cita-cita Mia belum  lagi tercapaikan? Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan  perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik  akhir kepada percintaan. Hanya kesetiaan akan mengikat cinta. Cinta  tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi . Di mana ada cinta di situ  ada kehidupan. Itulah positifnya cinta ”jelas Puteri lagi. “Sekarang ini  terserah pada adik nak buat keputusan. O.k? “.Puteri meneruskan semula  kerjanya yang tergendala tadi. Dia berasa lega dapat memberikan  pandangan tentang masalah itu. Dia dapat melihat wajah Amira yang keruh  sudah ceria semula, itu menunjukkan Amira akan dapat membuat keputusan  yang tepat untuk dirinya sendiri,
 
 
“Betul  kata kak Puteri, cinta tak semestinya memiliki, sekarang ini aku harus  lepaskan dia pergi dahulu, kalau ada jodoh tak ke mana, aku masih  mempunyai banyak perkara untuk diburu dalam hidup ini selain memburu  cintanya” bisik hati Amira sambil tersenyum walaupun ia sedikit pahit  untuk dilalui dan turut membekas dihatinya. Amira tahu keputusan yang  dibuat ini akan melegakan  kak  Puteri dan Mamanya. Perjalanan hidupnya masih berliku, dia berazam untuk  membuat yang terbaik dan dia juga berdoa agar cinta itu akan menjadi  miliknya satu hari nanti. Hatinya berbunga ceria apabila mengingatinya.