Wednesday, June 9, 2010

15 Cara Menjadi Isteri Idaman Suami

15 Cara Menjadi Isteri Idaman Suami

1) Mentaati Allah S.A.W. dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
2) Bersikap malu terhadap suami.Dengan adanya sikap begini, seorang isteri itu akan sentiasa berusaha untuk kelihatan sempurna bukan hanya di hadapan, bahkan juga di belakang suami.
3) Berdiam diri ketika suami sedang bercakap, baru bersuara setelah suami selesai berbicara, bukannya sepatah suami bercakap, 10 patah dijawabnya. Kalau pun tidak mampu menyelesaikan kekusutan yang dihadapi suami, cukuplah sekadar menjadi pendengar yang setia.
4) Sentiasa bersikap hormat pada suami. Menghantar suami ke muka pintu ketika suami hendak ke tempat kerjadan menyambutnya di muka pintu ketika suami pulang kerja.
5) Sentiasa bersedia apabila suami memerlukan. Jangan sesekali menunjukkan rasa terpaksa, penat dan sebagainya. Kerana itu, bagi wanita yang memilih untuk bekerja, mereka perlu ikhlas dan bijak membahagikan masa. Ingatlah apabila ada rasa ikhlas, segalanya akan menjadi ringan dan apabila bijak membahagikan masa segalanya menjadi mudah.
6) Memahami perubahan sikap suami. Contohnya, ketika suami sedang marah, berduka, kecewa, gembira, cemas dan ketika dia ingin bersendirian. Sikap semula jadi lelaki, sukar untuk meluahkan apa yang dirasakan. Sebagai isteri, jangan mudah terasa akan perubahan tersebut.
7) Satu lagi sikap semula jadi lelaki, ialah hanya mampu memberikan tumpuan pada suatu perkara dalam satu waktu. Jadi jangan sesekali mengajak suami berbual atau bercerita tentang masalah di tempat kerja ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak dan seabagainya. Sesungguhnya perbuatan itu bukan sahaja akan membuatkan anda kecewa kerana tidak mendapat perhatiannya, tetapi boleh menimbulkan kemarahan suami.
8) Memakai wangi-wangian dan pakaian sentiasa kemas ketika bersama suami. Ingat, ketika di luar rumah, suami sentiasa berhadapan dengan wanita-wanita cantik, harum dan menggoda. Jadi pastikan apabila pulang ke rumah, dia tidak pula berhadapan dengan isteri yang hanya berkain batik dan baju T-lusuh, muka berminyak dan bau peluh yang kurang menyenangkan.
9) Jaga mulut daripada bau-bau yang kurang menyenangkan. Contohnya, ketika makan petai, jering dan durian. Jika makan bersama suami, buatlah sesuatu selepas itu agar dapat mengatasi bau mulut. Apa lagi bg mereka yang menghadapi masalahmulut berbau kerana kerosakan gigi. Segera bertindak walaupun baru sekali suami menegur.
10) Sentiasa menjaga kehormatan diri terutama ketiadaan suami. Wanita bekerja contohnya, pilihlah pakaian yang menutup aurat, jaga tingkah laku dan pertuturan. Ini kerana ramai wanita yang lepas laku dan tutur kata, kononnyamereka juga mahu setanding dengan kaum lelaki.
11) Bersyukur diatas apa yang disediakn dan diberikan suami.Jangan suka meminta-minta jika ia diluar kemampuan suami. Dan jangan sesekali membanding-bandingkan kelebihan yang dimiliki oleh orang laindengan apa yang anda miliki.
12) Dalam apa juga situasi, sentiasa berdiri di belakang suami. Menjadi tongkat ketika suami jatuh dan menjadi pemangkin ketika suami berjaya.
13) Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Begitu juga bagi wanita yang bekerja. Bekerja bukan alasan untuk mereka bebas ke sana dan ke mari.
14) Sentiasa tersenyum. Sesungguhnya senyuman adalah sebesar-besar penawar walau dalam apa juga situasi. Contohnya, ketika hati suami sedang merusuh, segera menjadi tenang apabila melihat senyuman isteri. Dan ketika dia sedang marah, segera api kemarahan itu padam hanya dengan senyuman isteri.
15) Sentiasa menghormati keluarga suami. Menyanyangi dan melayan keluarga suami sama seperti keluarganya sendiri. Jangan sesekali membeza-bezakan keluarga suami dengan keluarga sendiri. Bahkan sikap mengutamakan keluarga mentua akan membuatkan kasih-sayang suami bertambah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; ‘sebaik-baik kalian adalah orang yang baik terhadap keluarganya, dan saya adalah orang yang paling baik pada keluargaku, tidaklah menghormati pada wanita kecuali orang yang mulia dan tidaklah menghinakannya kecuali orang yang tercela’

Peringatan untuk isteri:

1) apabila berselisihan faham atau bertengkar dengan suami, fokuskan pada masalah itu sahaja. Jangan dibabitkan hal-hal lain.
2) Setelah menyelesaikan sesuatu masalah. Buatkan noktah setakat itu sahaja. Jangan diungkit-ungkit lagi.
3) Apabila hendak menegur suami, tengok dulu keadaan mood. Ramai wanita mengeluh, suami tidak mahu mendengar keluhan atau menerima teguran. Tetapi sebenarnya situasi yang tidak sesuai.
4) Terima apa sahaja yang dibeli atau dihadiahkan oleh suami




No comments: